Nov 27, 2013

Jalan di Taman Rama-rama Ayer Keroh Melaka

Salam dan hai semua!
Hari ni FR nak update lagi tentang cerita jalan-jalan FR yang dah lame sangat tak diupdate! hehehe
Better late than never kan? kan? hihi

Okey kali ni FR nak share sikit gambar semasa FR, Mr Husband dan adik-adik berjalan melawat Taman Rama-rama di Ayer Keroh Melaka. :)


Best kan kami!! ^ - ^

Okey. Bagi kawan-kawan semua yang nak ke Taman Rama-rama ini, senang jerr...Lepas anda keluar dari Tol Ayer Keroh tu, dalam lebih kurang 400 meter macam tu standby tengok sebelah kiri anda. Anda akan nampak singboard ada tulis Taman Rama-rama, dekat situ pun ada signboard Hotel 7 bintang Philea Resort.

Masa mula-mula FR masuk kawasan ni FR tak expect sangat akan kagum sebab ye lah, FR tak rasa tempat ni famous...huu...tapi....sangkaan FR meleset! lepas je masuk pintu gerbang die yang bertangga tu, FR terus kagum sangat-sangat! Tak sangka kat Melaka ni ada Taman Rama-rama yang cantik!  Dan kawan-kawan akan rasa sangat-sangat best dan berbaloi sebab bukan rama-rama je yang kawan-kawan akan nampak! Semua jenis binatang yang comel dan tak comel akan kawan-kawan jumpa! Tempat ni sangat-sangat menarik sebab bersih dan dijaga rapi!

Kami melalui kawasan rama-rama yang sangat damai...;)

Okey mesti ada yang tertanya-tanya berapa harga tiket masuk kan? kan? lagi musim cuti sekolah ni semua nak jalan-jalan sambil kira-kira budget...ye tak?? hehehe..
Harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM8.00/pax dan RM5.00/pax untuk kanak-kanak.. :)

Adik FR yang paling kecik :) posing sikettt...cewahhh! ;)

 Dalam taman...:)

Nice...:)

^ - ^

Nampak tak merak di belakang tu?? ;-)

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi macam biasalah, time nak uplode time tu lah die menghilangkan diri...huhu..selain daripada merak dan rama-rama, kawan-kawan juga akan melalui satu taman yang ada pond ikan carp yang sangat cantik! kawan-kawan juga akan dapat melihat beberapa ekor ikan GERGASI sungai yang tak dapat dilihat di zoo! Menarik kan?? Okey untuk binatang-binatang lain, FR rasa kawan-kawan perlu datang sendiri untuk lihat dan share suasana yang sangat best ini :)

Semoga kawan-kawan bloggers ada idea baru ke mana nak pergi time-time cuti sekolah ni kay :)
Lepas ni boleh la share dengan FR pula ya ^ - ^

Sekian untuk kali ini...

XOXO!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...