May 28, 2014

Bercuti ke Pulau Pangkor, Perak



Salam semua rakan FR. Diharap semua sihat, ceria dan gembira...aminnn ^-^
Hari ini FR nak update cerita semasa bercuti bersama keluarga sebelah husband di Pulau Pangkor Perak, bulan April 2014 yang lepas.



Percutian yang best selama 3 hari 2 malam di rumah Mak Ngah, Lumut Perak. Jadi, FR ambil kesempatan tu bersama husband dan family Mak Ngah dan Kak Long untuk berjalan-jalan menjelajahi Pulau Pangkor selama satu hari :)

Pulau Pangkor ni tak de la besar mana. Bagi FR, cukup untuk berjalan-jalan selama sehari bersama keluarga sebab kebetulan rumah Mak Ngah dekat je. Jadi x perlu nak sewa hotel atau kediaman di pulau ni...:)

Pengalaman pertama FR menaiki feri...muka exited campur nervous ^-^

Dari Terminal Jeti yang berada di Lumut tu, FR dan family menaiki feri selama 45 minit untuk ke Pulau Pangkor. Tambang untuk seorang dewasa pergi dan balik ialah RM10 dan RM5 untuk seorang kanak-kanak. Murah jer...:)


Bergambar kenangan di atas feri .. :)

Setelah sampai di Pulau Pangkor, kami berjalan-jalan ke beberapa tempat. Antaranya ialah Kubu Belanda, Galeri Pangkor, tokong, kilang Proses Satey Ikan dan Teluk Nipah...FR x sempat nak snap banyak gambar. Tp ade sikit gambar yang FR ada untuk dikongsi di sini...:)

Semasa di Kubu Belanda...ikan buntal memang menjadi ikon ikan kat sini... ;-)

 Di Galeri Pangkor...

Duit lama yang di pamer kan di galeri ini...

Berehat dan mengalas perut di Teluk Nipah... ^-^

Pemandangan di dalam feri semasa hendak pulang semula ke Lumut...:)

Perjalanan yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baru. Bagi rakan-rakan yang mencari idea untuk berjalan bercuti bersama keluarga, boleh lah plan dan singgah ke Pulau Pangkor ini :)

InsyaAllah FR akan share lagi cerita lain untuk menjadi perkongsian kita bersama. Semoga mendapat manfaat ya ^-^




May 5, 2014

Salam 2014

Assalamualaikum wbt...



Salam semua rakan-rakan blogger...FR harap semua sihat dan gembira. Dah lame sangat x menulis sampai miss untuk ucap rakan-rakan selamat tahun baru..hehe...tup tup dah masuk bulan 5 untuk tahun 2014 ni...

Alhamdulillah sekarang FR tengah preggy masuk 25 minggu..FR mohon kepada rakan-rakan semua agar mendoakan FR dan baby selamat..aminn...dan semoga FR rajin untuk terus menulis...huhu ^.^

Sebenarnya FR ade bahan dan gambar-gambar yang banyak tapi tak sempat-sempat nak update...InsyaAllah FR akan share sikit-sikit cerita supaya boleh kita kongsi bersama...:-)




FR juga nak ucapkan selamat menghadapi bulan Rejab yang mulia bagi rakan-rakan blogger beragama Islam..semoga kedatangan bulan mulia ini memberi kan keistimewaan kepada kita semua sebelum kedatangan bulan indah seterusnya iaitu Syaaban, Ramadhan dan Syaawal :-)

Salam sayang untuk semua :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...