Dec 4, 2013

Hari Kebanggaan Ku

Salam dan hai semua rakan-rakan bloggers FR!
Semoga terus ceria dan sihat hendaknya...^ - ^ FR berharap agar semua nya berhati-hati kerana musim hujan sekarang ini. Mudah-mudahan kita semua selamat dari ditimpa musibah..insyaAllah :)


Sekarang FR nak share sedikit tentang kejayaan FR menerima title yang FR idam-idam kan selama 3 tahun! Alhamdulillah berkat bantuan Mr Husband dan semua business partners FR yang tidak putus-putus, akhirnya FR berjaya juga memakai title tersebut pada bulan 9 yang lepas...alhamdulillah :)

Kalau rakan-rakan bloggers nak tahu, dulu FR sangat-sangat negative dengan peluang dan perniagaan terutama nya yang berkonsepkan direct selling dan networking. Tapi alhamdulillah, Tuhan beri FR peluang untuk menilai sendiri keupayaan FR yang dibantu oleh semua orang tanpa penat dan istilah putus asa...
Tu lah dulu orang tua-tua kata, jangan benci sangat nanti itu lah perkara yang kita akan buat dan tak boleh tinggal..hehe :)

Alhamdulillah, setelah 3 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan networking bersama suami (walaupun FR tak pernah tulis pasal networking, tapi ya..memang FR dan suami menjalankan perniagaan yang sangat hebat dan best nie! ^ - ^ ), alhamdulillah Tuhan meluaskan pintu rezeki dan memberikan kami ramai sahabat yang dah jadi sebahagian dari keluarga... Siapa tak suka kalau disayangi dan sentiasa ada insan yang mahu membantu di kala susah atau senang,.. ye tak?? FR sekarang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online pula...dan Mr Husband mula mengembangkan sayap ke arah perniagaan conventional dan properties..Kami tak akan berani dan berpeluang untuk mampu melangkah lebih jauh...

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mengenali siapa FR...betul kata pepatah inggeris, "don't judge a book by its cover", kerana assumption negative awal hanya akan merosakkan peluang kepada diri sendiri...itu yang FR belajar..

Apa pun, kita kene sentiasa berfikiran positif, sentiasa tahu bersyukur dan rasa berterima kasih. Kerana kita diberi peluang yang mungkin orang lain tak pernah ada :)

Sampai sini saja nukilan untuk hari ini...FR akan update lagi cerita jalan-jalan FR dan Mr Husband di lain entry ya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...