Jul 8, 2012

Diabetis/Kencing Manis

Salam dan hai kepada semua pembaca blog ^ ^
Dah lama sangat ni saya tak menulis di ruangan ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat Daniel Adie kerana beliau adalah pencetus semangat saya untuk bermula menulis semula. Tak kisah la dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, yang penting bermula dan menulis semula. Betul tak? ^ *.

Ruangan entri kali ini saya ingin berkongsi tentang sedikit isu kesihatan dan cara alternatif untuk mencegah, mengawal atau memperbaiki nya.

Diabetis @ Kencing Manis

Penyakit kencing manis atau diabetis amat popular dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin kerana tabiat pemakanan yang tidak terkawal atau gaya hidup yang kurang sihat, selain dari punca saintifik lain, menjadi sebab mengapa penyakit ini sudah diibaratkan sebagai penyakit kebiasaan yang pasti dihidapi oleh setiap individu di negara ini. Saya harap kita semua tak terlupa bahawa penyakit ini SANGAT MERBAHAYA!

Sedikit penerangan tentang penyakit ini.

"Diabetis atau kencing manis adalah satu penyakit di mana badan kita tidak mampu menghasilkan atau mengguna sebaik mungkin insulin, iaitu satu hormon penting yang diperlukan oleh tubuh untuk menukar gula, kanji, dan bahan makanan lain kepada tenaga yang digunakan untuk menjalankan tugasan harian. Ini menyebabkan kenaikan paras glukos dalam darah (hyperglycemia)".
Diabetis

Amat sedih kerana ibu saya juga merupakan seorang pesakit diabetis. Tapi alhamdulillah penyakit beliau masih dalam keadaan terkawal. Cuma yang menyedihkan saya, dulu beliau selalu mengadu kebas kaki. Malah ibu turut meminta saya mencarikan ubat untuk menghilangkan rasa kebas di kaki nya. Anak mana yang tidak terasa sedih bila ibu nya meminta hanya satu perkara itu sahaja?

Nasib saya baik, dalam usaha mencari apa ubat yang ibu boleh makan supaya kebas kaki nya hilang dan paras gula dalam darah nya kembali normal (pada waktu itu bacaan beliau adalah 17 mol, adakalanya mencecah 24 mol ! Anda patut tahu bacaan normal adalah 5.5 mol dan kebawah !) saya bertemu dengan sahabat saya. Beliau sendiri mengalami penyakit ini. Walaupun umur nya masih muda! Baru 26 tahun! Sahabat saya telah mengesyorkan satu produk makanan gantian iaitu Enertri kepada saya. Beliau telah kongsi pengalaman sendiri di mana dalam masa sebulan, paras gula dalam darah nya semasa buat medical check-up adalah 15 mol, telah turun menjadi 7 mol selepas 3 minggu mengambil makanan ini! Saya terus mengambil Enertri dan memberikan kepada ibu saya. Alhamdulillah. Tak sampai pun sebulan, ibu dah tak mengadu kebas kaki, dah tak rasa panas badan, dan lebih selesa. Bila pergi cek, bacaan dalam darah dah di paras 7 mol. Ok lah tu. Lega hati ibu dan saya :)

Gambar diambil dan dipinjam dari http://enertri2u.com/enertri-psp



Apa itu Enertri?

Enertri adalah makanan gantian yang diperbuat daripada extrak kulit beras (kulit beras mengandungi 64% nutrisi yang terkandung dalam beras itu sendiri dan 90% nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita) menggunakan teknologi terkini. R&D telah dijalankan lebih 20 tahun dalam penghasilan makanan berkhasiat ini.



* 100% semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan
* sesuai untuk semua golongan umur
* tidak mengandungi bahan tambahan seperti bahan pengawet dan bahan kimia
* minuman semulajadi yang berkhasiat diperbuat daripada pati biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan terhidrolisis.

Antara fungsi utama Enertri ialah:
- Menggalakkan fungsi penghadaman
- Membantu penyerapana zat-zat makanan
- Menggalakkan penyingkiran toksin dari badan
- Meningkatkan daya tahan badan
- Memperkuat fungsi sistem saraf
- Mengawal serta mengimbangi rembesan endokrin dalam badan justeru melambatkan kejadian menopaus
- Menggalakkan metabolisma sel
- Meningkatkan fungsi otak
- Meningkatkan fungsi sel paru-paru
- Mengembalikan keseimbangan pH dalam badan

Enertri - Fakta Nutrisi:
Beras Perang terhidrolisis                 - 30%
Beras Perang Pendek terhidrolisis     - 30%
Jagung terhidrolisis                           - 30%
Soya terhidrolisis                              - 8.98%
Beta-glukan                                     - 1.00%  (penting untuk mengawal barah)
Spirulina terhidrolisis                        - 0.02%

Saya memang mengesyorkan kepada rakan-rakan semua yang ada masalah yang sama seperti saya, untuk cuba sendiri. Belum cuba belum tahu, ye tak? Tapi, kalau makanan ini boleh bantu ibu dan ayah anda, macam saya dapat bantu ibu saya, nilai nya sudah cukup bermakna. InsyaAllah. Ibu saya dan rakan-rakan lain yang telah mengambil Enertri memang menyarankan agar mengamalkan makanan ini untuk mengekalkan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut atau jika anda ingin mendapatkan Enertri, boleh hubungi saya di 019-7355415.
Kalau panggilan tidak di jawab, sila sms ya :)

Saya akan share lagi beberapa testimoni yang saya ada diruangan akan datang. Semoga kita semua sihat, ceria dan bahagia di samping keluarga tersayang. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...