Jul 9, 2012

Cinta Agung

Salam dan hai semua! Semoga lebih sihat dan ceria, insyaAllah :)
Hari ini santai sikit. Di kesempatan ini, saya ingin menulis satu topik hangat yang saya pasti semua orang suka ;) Cinta Agung. Nice kan?? ;)



Saya percaya ramai di antara kita sedang hidup dalam life yang ceria dan gembira kerana ada sesuatu@seseorang istimewa yang berjaya melahirkan rasa cinta dari dalam hati mereka. Saya juga begitu :) Dan tidak lupa juga, perasaan gembira dan bahagia ini di selang selikan dengan rasa sedih atau duka bilamana cinta yang kita pupuk di datangi dugaan dan cabaran. Rasa kecewa, geram, marah, malah mungkin benci akan mula bertukar tempat dan merajai isi hati. Persoalan yang ingin saya kupas ialah, lupakah kita sebagai Muslim dan Muslimah, cinta yang agung adalah cinta kepada Allah SWT dan Rasul SWT semata, dan cinta kepada selain dari itu akan menyusul tanpa di sangka? Saya pun tidak menafikan, saya selalu saja terlupa...

Kita sering menangis kerana terasa hati telah dikecewakan dan cinta yang dipupuk tidak dijaga dengan baik. Itulah risiko nya jika kita mempertaruhkan cinta kepada material dan manusia semata-mata. Cinta Agung kepada Tuhan dan Rasulnya tidak akan pernah mengecewakan hati kita yang lemah ini. Setelah itu, baru boleh datang kebahagiaan bila kita menyayangi manusia lain. Tuhan dan Rasulnya tidak pernah meminta lain selain dari hambaNya dan umatNya untuk mencintai dan mengingati, menurut perintahNya dan amalanNya, meninggalkan yang buruk dan mengamalkan yang baik. Kita selalu terlupa bahawa cinta agung ini adalah sangat suci. Bermula dengan cinta ini, kehidupan kita yang lainnya akan lebih aman, tenteram dan beroleh keberkatan.

Oleh itu, jangan lah kita leka dan lalai dengan nikmat cinta dunia. Di kesempatan ini, sementara kita masih berada di dalam bulan Syaaban yang penuh keberkatan, dan tidak lama lagi bulan Ramdhan mulia akan datang menjelma, bertaubat lah untuk setiap kelalaian dan kelekaan kita sebelum ini. Isi masa terluang dengan ibadah, pasangkan niat yang betul, dan sentiasa ikhlas bila kita menjalankan apa jua tanggungjawab dan pekerjaan yang perlu dilaksanakan. Islam itu indah. Cinta agung pun sudah memang tersedia untuk kita. Tidak perlu menunggu untuk sesuatu yang tidak pasti. Kerana Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia akan mendatangkan sesuatu yang terbaik malah lebih baik untuk setiap dari kita, kerana Dia Maha Mengetahui...Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...