Jul 2, 2014

Persediaan Menjadi Ibu


Salam Ramadhan al-Mubarak FR ucapkan kepada semua rakan pembaca :) Semoga ibadah puasa kita pada kali ini lebih bermakna dan diterima olehNya, insyaAllah...Dah beberapa bulan sejak FR update post yang terdahulu, rasa bersalah pun ada sebab kurang nya komitmen pada penulisan di blog ini...huuu..maaf lah..



Alhamdulillah sekarang usia kandungan FR dah 8 bulan. Doakan kesihatan kami baik-baik sahaja ya :) Bercerita tentang ini, mesti antara perkara yang termasuk dalam list ialah persiapan untuk bersalin dan menyambut kelahiran baby nanti...FR pun tak terlepas daripada memikirkan tentang perkara ini. Alhamdulillah, boleh dikatakan FR sudah bersedia untuk bersalin dan menyambut kelahiran insan baru dalam hidup kami nanti :)


Sebelum membeli - belah, FR dan suami banyak juga buat survey, sama ada melalui internet atau pun berjalan-jalan mencuci mata di kedai-kedai yang menjual barangan baby. Ada yang murah, ada yang mahal. Biasalah. Sebab tu perlu survey supaya tahu tentang harga agar boleh minimumkan perbelanjaan...:)

Akhirnya, FR dan suami mengambil keputusan untuk membeli semua barang-barang keperluan di Ekspo Baby yang telah berlangsung di MiTC Ayer Keroh Melaka pada 27-29 Jun 2014. Barang-barang keperluan baby memang lengkap dan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah :)

FR nak kongsikan sedikit antara barangan keperluan baby dan ibu yang perlu disediakan. 

Barang baby
1. Set mandian & grooming baby
2. Baju&seluar baby newborn, lengan panjang & lengan pendek
3. Topi kepala, mittens, booties
4. Kain bedung
5. Kain barut
6. Pampers saiz new born/napkin
7. Minyak telon/yu yi
8. Set tidur baby
9. Botol susu & susu formula (just in case breast milk lambat keluar)
10. Stroller/baby car-seat (boleh beli selepas baby lahir)

Barang ibu
1. Kain batik
2. Underware & bra yang sesuai
3. Set bersalin/berpantang
4. Ubat-ubatan/supplement
5. Set breast pump
6. Breast pad
7. Set toilettries
8. Stocking
9. Bengkung
10. Maternity pad
11. Losyen utk hilangkan scar

Barang-barang ini juga perlu disediakan dalam satu beg khas yang akan dibawa ke hospital semasa ibu hendak melahirkan baby. Tapi x perlu bawa banyak. Cuma bawa sepasang dua sahaja sudah mencukupi :) Jangan lupa segala document penting seperti "buku pink" ibu dan surat GL/IC dan sebagainya.

Semoga rakan-rakan yang bakal menjadi ibu dan menerima kehadiran insan baru dapat bersedia, dan diberi kesihatan yang baik, insyaAllah :)


Wassalam...( ^ , ^ )


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...