Jul 4, 2014

Kencing Kotor Ketika Hamil


Salam Ramadhan semua rakan pembaca blog yang disayangi :) Hari ni FR nak berkongsi sedikit tentang masalah kencing kotor yang mudah untuk dihidapi oleh para wanita terutama ibu-ibu yang sedang hamil. 

Alhamdulillah jika semasa anda hamil, anda tidak pernah mengalami masalah kencing kotor. FR ada mengalami masalah ini. Walaupun tak kronik, tapi FR berpendapat semua wanita dan ibu hamil mesti tahu apa itu masalah kencing kotor, dan cara terbaik untuk mengelakkan nya.

Atas pertanyaan, rujukan FR kepada doktor dan bacaan majalah dan blog-blog, "Kencing Kotor" ialah jangkitan kuman yang berlaku pada saluran kencing, pundi kencing, dan ginjal kita. Dalam bahasa perubatan dikenali sebagai UTI (urinary tract infection). 

Apa punca nya?
Kencing kotor berpunca daripada amalan kita yang kurang cermat semasa membersihkan diri. Ini berpunca daripada kuman yang berada dilubang dubur atau faraj telah masuk dan menjangkiti lubang kencing kita. Ini akan menyebabkan radang pada pundi kencing.

Bahaya ke?
Kencing kotor boleh jadi sangat bahaya terutama bagi ibu mengandung. Ia akan beri efek kepada kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Jadi mesti berwaspada!

Apa tanda-tandanya?
Antara tanda-tanda yang FR maklum ialah rasa terbakar semasa membuang air kecil, rasa sakit di bahagian ari-ari, rasa nak membuang air kecil tapi air kencing yang keluar terlalu sedikit atau tiada langsung, kencing berdarah, air kencing bewarna keruh kemerahan, dan demam.

Apa yang perlu dilakukan?
Paling penting, terutama untuk ibu hamil, mesti pergi jumpa doktor dan beritahu mereka masalah anda. Mereka akan berikan rawatan agar masalah ini dapat diatasi. Selain itu, amalkan juga minum air kosong yang telah di masak/mineral sebanyak yang boleh untuk meneutralkan air kencing kita. Bila kita banyak minum, kita akan membuang lebih banyak, dan ini akan bantu untuk flush out kuman-kuman yang berada di pundi kencing. Mesti kawal pengambilan air manis. Sentiasa pastikan underware kita bersih, tukar jika perlu. Kalau boleh, minum air masak banyak-banyak sehingga air kencing bewarna jernih semula.

FR percaya walau apa pun yang berlaku, kita mesti utamakan kesihatan kita dan bayi yang dikandung. Jangan ambil mudah. Dalam bulan puasa ini, jika ibu hamil ada masalah kencing kotor, tanya pendapat doktor dan ambil tindakan sewajarnya agar anda dan bayi selamat dan sentiasa sihat.

Semoga info ringkas ini dapat memberi sedikit idea kepada rakan-rakan semua. 

Selamat berpuasa :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...