Nov 27, 2013

Jalan di Taman Rama-rama Ayer Keroh Melaka

Salam dan hai semua!
Hari ni FR nak update lagi tentang cerita jalan-jalan FR yang dah lame sangat tak diupdate! hehehe
Better late than never kan? kan? hihi

Okey kali ni FR nak share sikit gambar semasa FR, Mr Husband dan adik-adik berjalan melawat Taman Rama-rama di Ayer Keroh Melaka. :)


Best kan kami!! ^ - ^

Okey. Bagi kawan-kawan semua yang nak ke Taman Rama-rama ini, senang jerr...Lepas anda keluar dari Tol Ayer Keroh tu, dalam lebih kurang 400 meter macam tu standby tengok sebelah kiri anda. Anda akan nampak singboard ada tulis Taman Rama-rama, dekat situ pun ada signboard Hotel 7 bintang Philea Resort.

Masa mula-mula FR masuk kawasan ni FR tak expect sangat akan kagum sebab ye lah, FR tak rasa tempat ni famous...huu...tapi....sangkaan FR meleset! lepas je masuk pintu gerbang die yang bertangga tu, FR terus kagum sangat-sangat! Tak sangka kat Melaka ni ada Taman Rama-rama yang cantik!  Dan kawan-kawan akan rasa sangat-sangat best dan berbaloi sebab bukan rama-rama je yang kawan-kawan akan nampak! Semua jenis binatang yang comel dan tak comel akan kawan-kawan jumpa! Tempat ni sangat-sangat menarik sebab bersih dan dijaga rapi!

Kami melalui kawasan rama-rama yang sangat damai...;)

Okey mesti ada yang tertanya-tanya berapa harga tiket masuk kan? kan? lagi musim cuti sekolah ni semua nak jalan-jalan sambil kira-kira budget...ye tak?? hehehe..
Harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM8.00/pax dan RM5.00/pax untuk kanak-kanak.. :)

Adik FR yang paling kecik :) posing sikettt...cewahhh! ;)

 Dalam taman...:)

Nice...:)

^ - ^

Nampak tak merak di belakang tu?? ;-)

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi macam biasalah, time nak uplode time tu lah die menghilangkan diri...huhu..selain daripada merak dan rama-rama, kawan-kawan juga akan melalui satu taman yang ada pond ikan carp yang sangat cantik! kawan-kawan juga akan dapat melihat beberapa ekor ikan GERGASI sungai yang tak dapat dilihat di zoo! Menarik kan?? Okey untuk binatang-binatang lain, FR rasa kawan-kawan perlu datang sendiri untuk lihat dan share suasana yang sangat best ini :)

Semoga kawan-kawan bloggers ada idea baru ke mana nak pergi time-time cuti sekolah ni kay :)
Lepas ni boleh la share dengan FR pula ya ^ - ^

Sekian untuk kali ini...

XOXO!


Nov 22, 2013

Jalan ke Perak

Salam & hai semua!

Hari ini FR nak share tentang pengalaman FR yg lepas bersama Mr Husband & keluarga Mak Ngah di Lumut, Perak. Sebenarnye itu pertama kali FR jalan ke Perak..hehe...sambil-sambil jalan kami lawat sekali Mak Ngah & Pak Ngah yang sangat baik hati ;)



Kami stay di rumah Mak Ngah & Pak Ngah selama 4 hari 3 malam. Kat mana? Rumah mereka terletak di Berek Polis Marine. Sangat-sangat best sebab suasana sangat aman damai, tak sesak dengan manusia dan dekat dengan laut! Gambar kat atas ni masa FR dan keluarga Mak Ngah pergi mandi dekat laut. Laut die bukan lah yang macam di PD tu. Tapi lebih kepada laut yang menjadi tempat pertemuan sungai dan lautan...Jadi banyak lah pokok bakau kat sane..Masa ni hujan turun renyai-renyai..FR & husband tengok je mereka enjoy mandi. Kami tak join sebab Mr Husband demam time ni...heheh...FR tak bagi die join..nanti tak pasal-pasal demam teruk...huuu

Hasil tangkapan yang sangat best dan mengujakan!

Kalau kawan-kawan tengok gambar kat atas ni, itu adalah antara hasil tangkapan yang berjaya dibawak naik! Exciting kan??? hehehe...Ni lah antara pengalaman yang paling FR tak boleh lupa. Kami juga berjaya membawa naik kepah yang sangat banyak!!! Lepas habis mandi, kitorg semua naik dan Mak Ngah masak makanan seafood yang sangat lazat! Best bila makan hasil tangkapan sendiri, dan dapat makan beramai-ramai pulak tu... Menarik kan?? ^_^ 

FR bergambar semasa di Lumut Waterfront. Ingatkan nak naik feri tapi terlepas pulak....huhu

Banyak tempat FR dan keluarga sempat untuk jengah. Antara nya ialah Lumut Waterfront & Teluk Batik. Macam-macam barang souvenir yang FR dan Mr Husband beli. Paling penting ialah fridge magnetic sebagai tanda kenangan yang kami dah sampai ke tempat-tempat tu ^ - ^

Time paling best dan menyeronokkan adalah bila FR dapat bersama-sama dengan keluarga. Itu lah saat paling mahal yang tak akan dapat dinilai dengan wang ringgit....

Kawan-kawan bloggers pun pasti ada banyak lagi cerita jalan-jalan yang menarik kan? Boleh la share ya! :)

InsyaAllah FR akan update lagi entry yang lain untuk perkongsian bersama :)

XOXO!




Nov 19, 2013

Masjid Paling Indah

Salam dan hai semua!! 

Di post sebelum ni FR ade bagi tahu pada kawan-kawan semua yang FR nak share sikit kisah (x de la kisah sangt pun kan...hehe) iaitu semasa FR dan Mr Husband rasmi membina masjid kami ^ - ^


Tanggal 22hb March 2013 FR dan Mr Husband selamat diijabkabul kan di Surau AlFalah Kampung Parit Bengkok Batu Pahat. Alhamdulillah...:)


Gambar di atas adalah FR bersama Mr Husband dan rakan baik kami, Wan & Rose :) Sebenarnye ramai lagi kenkawan time ni tapi gambar tu x jumpe...kene godak kat dalam cd...huhu..Anyway, tanx guys sebab sama-sama meraikan hari bahagia kami ^ - ^


Tanggal 23hb March 2013 adalah hari persandingan kami di Parit Raja Batu Pahat :) 


FR dan Mr Husband ^ - ^

Foto credited to: Tom de Sauza

Adik FR & suami nye ^ - ^

Sebenarnya majlis FR dan Mr Husband serentak berlangsung dengan adik FR. Sebab tu FR dan Mr Husband tak buat pape sangat masa nak prepare majlis kami..Cume siapkan dokumen dan cari baju pengantin jerrr...hehe,....sebab adik banyak membantu :)

Okey FR tunjuk lagi sikit gambar-gambar yang sempat FR cari...:)

Cantikkan? Bagi kawan-kawan bloggers yang sedang berkira-kira mencari jurufoto professional, boleh lah roger-roger Mr Tom de Sauza (boley cari dalam laman Facebook)



Konvoi kawan-kawan...tanx guys ^ - ^

 Masa ni buat photoshoot di Pantai Minyak Beku Batu Pahat. Habis je majlis kami terus gerak ke sana. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit dari kampung sebab jalan sesak dengan kereta. Hihi...

 Di antara rakan seperjuangan yang datang...tanx semua :) Sayang kamu semua sangat-sangat! ^ - ^

My sister Syahirah mengapit sorang lagi pengantin pada hari bersejarah tu ^ - ^


Ini lah FR, Mr Husband dan pasangan pengantin satu lagi, my sis & husband bersama keluarga tersayang sebelah FR...gambar keluar sebelah Mr Husband pun x jumpe buat masa ni...huhu 
Sayang kamu semua... ^ - ^


Kenangan yang x akan kami lupakan..Terima kasih kepada keluarga tersayang  di kedua-dua belah pihak kerana sanggup bersusah payah membantu melancarkan majlis kami (FR dan Mr Husband tersangat la busy sampai x sempat nak prepare pape...mak ayah la yang sangat excited dan settle kan semua nya...huhu). Tak lupa juga FR nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan yang sangat-sangat membantu FR, kepada Miss Pengapit, Miss Make up artis, dan semua nya yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak. Tuhan saja yang akan membantu jasa baik kalian....:)


Alhamdulillah...ni lah sedikit sebanyak cerita tentang FR masa awal-awal mendirikan rumah tangga dulu..kenangan yang indah..semoga Tuhan sentiasa merahmati hubungan kami suami isteri dan kawan-kawan bloggers juga.... ^ - ^


Sekarang ni Ieqa & husband sedang menghitung hari menunggu kehadiran baby pertama mereka. InsyaAllah doktor kate due nye bulan 2 tahun 2014. Semoga semuanya berjalan lancar, mak buyung sihat & baby pun sihat. Aunty FR & husband nak jalan-jalan honeymoon dulu...hehehe ^ - ^


Ha....dah terstory pasal honeymoon...insyaAllah FR akan update tentang percutian kami ke Cameron Highlands...kenapa pilih tempat ni? sebab plan last minute (al maklum busy katekan) dan FR x pernah pergi lagi ke sana sebenarnya..FR ada plan nak ke luar negara tapi bila difikirkan, FR nak explore Malaysia dulu...so..tunggu FR punye update nanti ya :)


Salam sayang semua ^ - ^

XOXO

My Big Day!

Sumber: google


Hai semua!

FR nak share sikit cerita masa FR dan Mr Husband melangsungkan majlis kami pada bulan 3 yang lepas. What??? Dah berbulan baru nak update kah? hihi...Maaf lah...Rase macam kalau x update tentang our new life jadi x seronok pulak...FR cume nak rakan-rakan semua mengenali siapa FR...well...ada idea pun ok lah.. ye x??hehe...

okey semua, FR akan update lagi ya :)



XOXO


Nov 18, 2013

Blog Shop

Salam and good day all!!!

I know..I know...first sekali nak minta maaf kerana dah lame sangat tak update isi kandungan blog ni. Bagi rakan-rakan yang mengikuti blog ini, insyaAllah FR akan berusaha keras untuk meng"update" sekerap yang mungkin!

Okey untuk topik pilihan pada kali ini adalah, FR ingin sekali lagi memperkenalkan blog shop/blog boutique FR bernama S.Y.L. Shoppe. Bagi rakan-rakan yang dah lama mengikuti FR, anda tentu tahu bahawa S.Y.L. Shoppe telah ditubuhkan sejak dari tahun 2010. Cume disebabkan oleh kesibukan maka FR tidak dapat fokus sehingga lah baru-baru ini. FR juga dalam proses meng"update" barang-barang dan produk-produk berkualiti yang boleh anda dapati di sana.

Antara produk-produk yang boleh anda dapati ialah:
Kesihatan dan kecantikan berasaskan tumbuhan (beras) dan air lautan dalam (klik sini).
Produk yang boleh membantu mengawal dan menyembuhkan diabetis, sakit kulit, kolesterol tinggi, dan sebagainya (klik sini).
Produk yang boleh memutihkan kulit, memberi tenaga dan menjaga kesihatan wanita lelaki luar dan dalam (klik sini).
Produk penjagaan kulit dan kebersihan diri (klik sini).

Dan banyak lagi. Sila lah explore dan ambil masa anda untuk mendapatkan info yang lebih lanjut! :)

Jadi ape tunggu lagi rakan-rakan blogger semua, jom singgah dan lawati S.Y.L. Shoppe sekarang. FR pasti ada produk yang anda suka!

Sekian untuk sekarang. Nanti FR update lagi!


xoxo
^ - ^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...