Dec 6, 2012

New Blog?

Salam dan hai semua kawan-kawan :-)



Untuk pengetahuan, saya sedang membangun dan mencantikkan butik blog saya... Jika sesiapa yang pernah dengar tentang S.Y.L. Shoppe, haaa....ni lah butik blog saya yang telah bermula sejak dari tahun 2010 dahulu...cuma kerana kesibukan masa, dah lama saya tidak dapat mengupdate blog tersebut. Oleh yang demikian, saya bercadang untuk mengaktifkan kembali blog itu.

Sila lah lawati blog tersebut selalu ya :) Yang pasti, semua barangan menarik akan saya update supaya anda dapat kepuasan membeli ;-) Apa item yang ada (dan bakal ada??? haaa...jeng jeng jeng...)..Antara nya:
-- Perfumes Original Brands (saya x pakai perfume x original...sorry)
-- Food and health ( Enertri: makanan untuk membaiki sel tubuh,...sesiapa yang ada kencing manis dan sakit darah tinggi, produk ini adalah a MUST! )
-- Gadgets (sebab semua orang suka gadgets, saya akan update tentang gadgets yang cantik2 dan comel2  ;-D )
-- Last but not least, fashion! heeeeee.....


Jadi, sentiasa lawati blog ini http://sylshoppe.blogspot.com dan nanti kan update best dari saya! ;-D


<3 p="p">

Dec 4, 2012

Disember 2012

Salam dan selamat pagi rakan-rakan semua :)

Post kali ini untuk sekadar berkongsi rasa. Jika ada komen jom kita share ;D

Sedar tak sedar dah masuk bulan penghujung tahun 2012. Laju nya masa berjalan. Bila duduk dan direnung sejenak, tentang pencapaian sepanjang tahun ni, hahaha...Tersenyum sendiri sambil menggeleng kepala. Ish ish ish...Target tak sampai lagi nih! Itu lah adat percaturan hidup. Bukan semua yang kita rancang kita akan dapat. Ye tak? Tapi apa yang paling penting, kita tidak boleh berputus asa untuk sentiasa mencuba dan berusaha! Saya harap rakan-rakan semua pun mempunyai semangat yang sama malah lebih hebat!

**********


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Lahir kepada emak kesayangan yang telah menyambut hari jadi semalam (4/12)...Happy Birthday mak...Semoga Allah melimpah ruahkan rahmat dan memberkati emak sampai bila-bila...amin :) Saya sayang emak :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...